Kepentingan Simpanan


 

"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"

 

Buat permulaan mungkin ia agak sukar untuk dilakukan dan dengan sedikit pendedahan dan ilmu tentang kewangan pasti ia bakal merubah objektif anda untuk menukar tabiat boros kepada tabiat menyimpan. 
Kepentingan mengamalkan sikap menabung :
 
1) Masa depan 
-Tanpa kita sedari sebenarnya ramai dikalangan mereka yang telah pencen dari makan gaji merasa menyesal kerana pada usia muda tidak melakukan simpanan wang untuk masa depan.

2) Kecemasan
-Kita tidak tahu bila masa kita, kedua orang tua kita (bagi yang masih ada), keluarga dan adik beradik akan ditimpa musibah. Tak mungkin pada masa tu kita akan meminjam dari rakan-rakan kita, tentu mereka akan menganggap kita ni 'pokai' kan walaupun sama-sama bekerja. Waktu ini wang simpanan akan digunakan dengan betul.

3) Modal perniagaan
-Mengikut kajian pada umur 40 tahun kebiasannya mereka yang makan gaji akan mula berfikir untuk memulakan perniagaan sendiri untuk menambah pendapatan. Pada masa ini jika kita telah melakukan simpanan pada awalnya maka ia boleh digunakan untuk pelaburan dalam bidang perniagaan.

4) Pendidikan anak-anak
-Kerajaan telah sediakan satu tabungan untuk pendidikan anak-anak seperti SSPN kepada rakyat. Pendidikan adalah paling penting untuk sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi untuk masa depan anak-anak.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan