Perlindungan (Insurans)
Insurans
adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau
sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda
atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat
insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan
sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat
insurans akan membayar pampasan kepada anda.
Takaful
Takaful
adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum
sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan
(tabarru), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi
seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama
lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang
ditetapkan.
Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai
prinsip asas yang sama. Sebagai contoh, pemegang polisi (anda) mestilah
mempunyai kepentingan yang sah terhadap barang atau hayat yang
diinsuranskan. Ini bermakna, anda akan menanggung kerugian kewangan
sekiranya berlaku sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda
atau hayat yang diinsuranskan.
Untuk maklumat lanjut sila klik pada pautan dibawah :
Panduan penting
Info Insurans
*Sumber diambil dari Info Insurans
Memberi maklumat dan tips tentang Perlindungan kewangan : Simpanan,Pelaburan dan Perlindungan(Insurans)
Khamis, 23 April 2015
Ahad, 19 April 2015
Simpanan
Apa itu simpanan?
Simpanan ialah menyimpan sebahagian kecil daripada pendapatan dari dibelanjakan.
Simpanan boleh dibuat dengan pelbagai cara untuk memastikan selamat dan terjamin. Biasanya kita boleh menyimpan dalam institusi formal seperti dibank, unit amanah dan tabung khas yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Tabung Haji.
Kita boleh memilih untuk menyimpan wang yang mempunyai profit atau pulangan yang tinggi. Namun begitu pulangan yang tinggi semestinya mempunyai risiko yang tinggi berbanding pulangan rendah yang mempunyai risiko rendah. Bagi kebanyakan rakyat, simpanan ini akan digunakan pada masa kecemasan yang tidak dapat dijangka oleh seseorang. Dengan simpanan juga, ia akan memastikan kita bebas dari tanggungan hutang.
Untuk maklumat lanjut sila klik pada pautan dibawah :
Jumaat, 17 April 2015
Pelaburan
Pelaburan ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar pulangan yang dikehendaki, dengan menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Perkara yang perlu diingat ialah walaupun kadar pulangan boleh dijangka, ia tidak terjamin.
Jenis - jenis pelaburan :
Akaun Simpanan Tetap/Akaun Pelaburan
- Melabur di bank/institusi kewangan.
- Pelaburan tanpa risiko.
- Keuntungan rendah.
- Menyimpan untuk suatu tempoh tertentu.
- Kelebihan simpanan tetap dan akaun pelaburan :
1) Pulangan tetap.
2) Simpanan selamat.
3) Simpanan boleh dikeluarkan atas permintaan.
Hartanah
- Pembelian seperti tanah, kedai/pejabat, rumah, ladang dan sebagainya.
- Mendapat pulangan dalam bentuk keuntungan modal dan pendapatan semasa.
Saham
- Pelaburan yang dibuat oleh syarikat Berhad untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen atau bonus.
- Tujuan Syarikat Berhad menerbitkan saham ialah untuk mengumpulkan modal bagi mengembangkan syarikat.
- Terdapat dua jenis saham :
1) Jenis Saham disenaraikan iaitu saham syarikat diurusniagakan di pasaran saham.
2) Jenis Saham tidak disenaraikan iaitu saham yang tidak diurusniagakan di pasaran saham secara rasmi.
Unit Amanah
- Sejenis pelaburan yang mengumpul wang dari orang ramai.
- Diuruskan oleh pengurus professional.
- Sesuai untuk pelabur-pelabur kecil.
- Risiko kerugian rendah.
- Diuruskan oleh pengurus professional.
- Sesuai untuk pelabur-pelabur kecil.
- Risiko kerugian rendah.
- Pelaburan Unit Amanah terdiri daripada Amanah Saham dan Amanah Harta tanah
Untuk maklumat lanjut sila klik pautan dibawah :
Langgan:
Catatan (Atom)